Tq My Followers...

adv

Tuesday, October 27, 2009

Jalan2 Cari Makan Siri 6....The Food Gallery"...TUN Jugah...KCH

Jalan-jalan cari  makan kali ini membawa anda ~~~~~~mamam~~~~~ di


The Food Gallery...tingkat tiga....Bangunan Tun Jugah ..Kuching
Bagi yang baru sampai di Kuching, bangunan tu terletak berhadapan dengan Sarawak Plaza, dan bersebelahan dengan MC Donald,,berhampiran juga dengan Waterfront Kuching.

Dekat sana terdapat pelbagai gerai2 yang kecil, temasuk makanan Jepun,( sushi le tu), tau Foo Faa, dan kali ini saya akan membawa anda menjamu selera dekat gerai Nasi Campur,,....satu-satunya gerai nasi campur kat situ...
apa yang istimewanya di situ....ialah....sotong goreng tepung ranggup...Tapi masa makan kat situ, sebab masih awal lagi..belum ada lagi...takde rezeki nak makan sotong tu...




antara lauk yang terdapat di sana.........



 telur padi.........



 umai ikan.......................

 nie lauk yang suami ku makan....tiga lauk tu...RM7.70...agak mahal juga kan?...


 nie yang telah masuk  ke dalam perutku.....semua tu..RM8.70..
agak mahal...tapi agak sedap juga ler makanan nie...



Candid....hihihi
pelakon dua orang tu(aiman dan Alya) tak ikut sama
terpaksalah watak makan2 tu di ambil oleh...yg dalam gambar tu ler...
 sekali sekala keluar berdua ...best juga....

wah...sedap le tu..sampai tak angkat kepala makan...


Air tebu tu...harga RM2.00....manis sangat...bagi yang ada sakit kencing manis tuu..
tak payah le beli air tebu kat situ...

Friday, October 23, 2009

Bunga,wanita dan Cinta....

MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI MEREKA..................

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,

Penawar hati kekasih Allah,

Susah dan senang rela bersama.





Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,

Isteri Rasulullah yang bijak,

Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,

Tiada sukar untuk dilaksanakan.





Mengalir air mataku,

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,

 

Akur dalam setiap perintah,

Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,


Tiada memiliki harta dunia,


Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.






Ketika aku marah,


Inginku intip serpihan sabar,


Daripada catatan hidup Siti Sarah.







Tabahkah jiwaku, Setabah umi Nabi Ismail,

Mengendong bayinya yang masih merah,

Mencari air penghilang dahaga,

Di terik padang pasir merak,







Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,


Pengharapannya hanya pada Allah,


Itulah wanita Siti Hajar.


Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,

Permaisuri Nabi Ayyub,


Pasrah dengan dugaan Tuhannya,


Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,


Namun ia kembali, Kerana iman yang kuat,


Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,


Bahagia adalah miliknya.





Mampukah aku menjadi wanita solehah?


Mati dalam keunggulan iman,


Bersinar indah, harum tersebar,


Bagai wanginya pusara Masyitah.








Pembaca sekalian,,,,bestkan puisi di atas, sebenarnya pernah tebaca puisi tu masa remaja dulu, baru terbaca balik dalam blog seorang teman....Blog Mama Min(atas penghargaan saya dah linkkan entry nie kat blog beliau)..klik je , kat tajuk di atas.....terima kasih Mama Min kerana memberi kebenaran kpd saya cedok puisi tu..

Bila kita baca dan hayati puisi tersebut...sebagai seorang wanita pasti hati kecil kita akan tersentuh.....
Sebenarnya bersama puisi tu juga saya selitkan bunga2 yang begitu cantik....Bunga2 tu semuanya yang ibu mertuaku tanam....Ibu mertua yang begitu rajin....setiap hari, menyiram menjaga..tulah hasilnya...halaman rumahnya di hiasi bunga-bungaan yang cantik.....Begitu jugalah dengan perasaan kasih sayang dan cinta...perlu dijaga, disiram di belai, barulah ianya subur mekar......kalau tidak seperti bungalah jawabnya...layu dan terus melayu...akhirnya jatuh ke bumilah pula.






Thursday, October 15, 2009

Jom jalan2.... Pasir Pandak, Santubong,Kuching.















Hujung minggu tak tahu ke mana. Suami outstation. Membawa anak ke Buntal kalau-kalau ada ikan yang fresh..
Balik dari Buntal singgah ke Pasir Pandak.Walaupun tinggal berdekatan dah lama tak pergi sana.
Kampung Pasir Pandak terletak kira-kira 30km dari Bandaraya kuching dan berada di antara Kuala Sg. Salak dan Sg. Santubong. ...




Bila tiba di sana, anak2 takut untuk memijak pasir.
Tulah anak2 zaman sekaran, kalau dulu2 pasir tulah menjadi mainanku.
tulah ambil gambar2 jauh dari  pantai. Tiba di sana rupa2nya ada beberapa anak muda sedang
bermain layang-layang. Nasib baik ada Hphone untuk merakam detik2 seronok tu.














Dari Pantai Pasir Pandak  tu juga boleh menyaksikan permandangan Gunung Santubong.








Apa yang Aiman tengok tu......mula2 sampai tadi menanggis takutkan pasir.


Layang-layang, melayang tinggi di awan.........teringat lagu kumpulan Alleycat...layang2 terputus talinya...ku cuba dan terus mencuba......



UnikNya Bumi Kenyalang..Rafflesia

Rafflesia- The Worlds Largest Flower, terdapat juga di bumi Kenyalang..Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia.Ianya hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Bunga pakma spesies Rafflesia hasselti boleh didapati di Semenenjung Malaysia, terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik. Satu spesies bunga pakma di Indonesia ialah Refflesia patma. Di Sabah dan Sarawak terdapat beberapa spesies seperti Refflesia princei dan Rafflesia tuan-muda. Rafflesia manillana pula ialah spesies bunga pakma negara Filipina. .Bunga ini dijumpai pada tahun 1818, oleh Sir Stamford Raffles.Dari nama beliaulah bunga ini mendapat namanya.








Inilah gambar-gambar bunga Raflessia daripada belum mekar
sehingga berkembang, koleksi peribadi suamiku.

Bunga nie sebenarnya ada 17 jenis spesis. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.






Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan untuk awet muda. Bunga pakma juga digunakan sebagai ubat perancang, buasir dan untuk serikan muka wanita.





Yang ini menurut suami saya...baru sehari mekar.




Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut. Selepas bersalin, minuman bunga pakma adalah untuk mambersihkan rahim dan kecantikan perut. Air bunga pakma juga diminum selepas haid dan sebagai perangsang untuk wanita





Ini Rafflesia yang tak berapa sempurna..(cacat)






Bunga Rafflesia di dalam blogku ini adalah Raflessia yang terdapat di gunung Gading
dan Raflessia disini adalah spesis yang diberi nama tuan Mudea.
RaFFlesia bersama tuan empunya gambar.

Tuesday, October 13, 2009

Jom jalan2....Gua Mulu, Miri




Jom Jalan2 kali ini membawa anda menjelajah jauh di Taman Negara Gunung Mulu di bahagian Miri, Sarawak.Gunung Mulu boleh dikatakan sebagai destinasi pengembaraan paling popular. Di Sana anda boleh meneroka beribu khazanah bersejarah, monumen dan artifak yang tidak ternilai serta kaya dengan hutan semula jadi dan spesies hidupan liar yang jarang ditemui.
Gambar-gambar ini adalah koleksi peribadi suami...yang entah sudah ke berapa kali pergi ke sana atas tugasan tertentu.




Di Mulu, umpamanya, kembara dari gua ke gua merentas denai dan hutan belantara memang menyeronokkan. Walaupun Mulu terletak jauh ke utara, rangkaian gua yang mengagumkan di dunia pasti meninggalkan kenangan seumur hidup.







Taman seluas 544 kilometer (km) persegi itu dibuka pada 1985 dengan tarikan utamanya Gunung Mulu - gunung tertinggi di Sarawak yang menjangkau ketinggian 2,376 meter dari paras laut.




Gua Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747.


Pelawat yang gemarkan alam semulajadi akan merasa kagum dan teruja melihat contoh terbaik luluhawa batu kapur tropika termasuk kawasan rabung batu kapur yang tajam serta ngarai yang dalam yang diberi gelaran 'The Pinnacles'.









Terdapat  Empat Gua berhampiran  iaitu Gua Rusa, Gua Lang, Gua Angin dan Gua Air Jernih.Gua Angin dan Air Jernih terletak sebelah menyebelah sebagaimana Gua Rusa dan Gua Lang. Setiap gua ini mempunyai tarikan masing-masing seperti sejarah, asal usul dan kepercayaan masyarakat setempat.

Wajah2 Ceria anak-anakku

Amalkan Membaca Doa ini Setiap Hari...