Tq My Followers...

adv

Sunday, November 1, 2009

Jom jalan2.... Teluk Melona, Tanjung Datu,Sarawak.

Semua gambar di bawah adalah album koleksi daripada suami yang beberapa kali ke sana atas tugasan tertentu.
Telok Melano salah sebuah tempat yang agak jauh dan terpencil. Kalau merujuk kepada peta sarawak, tempat nie lah yang paling hujung sekali. Ekor Sarawak.

Telok Melano mendapat namanya kerana di sini terdapat banyak batang “No”. Pokok ini dikatakan mirip pokok sagu. Oleh kerana itulah, tempat ini dinamakan Telok Melano. Kampung ini mendapat nama Telok Melano kerana kedudukannya terletak di Telok Melano.
Pada awalnya, Kampung Telok Melano dibuka oleh penduduk Indonesia yang datang berhijrah ke sini.
Lama-kelamaan bilangan penduduk di kampung ini semakin ramai sehingga akhirnya penduduk luar diiktiraf kewarganegaraannya.

Penduduk di sini pernah mengalami keperitan sewaktu negara dijajah oleh Jepun. Jepun yang telah menjajah hampir empat tahun cukup menggambarkan betapa sengsaranya hidup pejuang dahulu. Bagaimanapun, zaman itu telah berlalu, namun warga emas yang pernah mengalaminya tidak akan melupakan peristiwa hitam dalam hidup mereka. Penduduk amat bersyukur dan berharap agar kampung mereka tidak ketinggalan dengan arus pembangunan.

sumber rujukan:.....//www.telecentre.my




walaupun jauh berbatu..namun telok melano mempunyai pemandangan yang begitu indah sekali....

Taman Negara Tanjung Datu sudah pastinya menjadi tarikan pelancong yang cintakan hidupan laut. Air yang jernih kebiru-biruan membolehkan pengunjung melakukan aktiviti menyelam dan menikmati pemandangan hidupan laut seperti batu karang dan ikan- ikan yang pelbagai jenis.




Pengunjung boleh menginap di homestay Kampung Telok Melano. Semasa menginap di sini, pengunjung berpeluang ke taman negara ini yang mengambil masa selama dua jam perjalanan.

pantainya yang bersih sekali..........................



pepohon kelapa yang tumbuh menghijau...

Kampung Telok Melano mempunyai 234 orang penduduk dengan jumlah rumah sebanyak 55 buah. Rata-rata penduduk di kampung ini beragama Islam. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan dan petani. Justeru, kesederhanaan dalam segala hal menjadi pegangan hidup penduduk di kampung ini.




Dipercayai, penduduk awal yang membuka perkampungan Telok Melano berasal dari negara Indonesia. Perkampungan ini dibuka beratus-ratus tahun dahulu dan tidak diketahui tarikh yang tepat. Kini, Kampung Telok Melano kian membangun dengan kemudahan yang disediakan dan penduduknya semakin ramai melahirkan graduan universiti.



No comments:

Wajah2 Ceria anak-anakku

Amalkan Membaca Doa ini Setiap Hari...