Tq My Followers...

adv

Friday, October 23, 2009

Bunga,wanita dan Cinta....

MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI MEREKA..................

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,

Penawar hati kekasih Allah,

Susah dan senang rela bersama.





Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,

Isteri Rasulullah yang bijak,

Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,

Tiada sukar untuk dilaksanakan.





Mengalir air mataku,

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,

 

Akur dalam setiap perintah,

Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,


Tiada memiliki harta dunia,


Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.






Ketika aku marah,


Inginku intip serpihan sabar,


Daripada catatan hidup Siti Sarah.







Tabahkah jiwaku, Setabah umi Nabi Ismail,

Mengendong bayinya yang masih merah,

Mencari air penghilang dahaga,

Di terik padang pasir merak,







Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,


Pengharapannya hanya pada Allah,


Itulah wanita Siti Hajar.


Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,

Permaisuri Nabi Ayyub,


Pasrah dengan dugaan Tuhannya,


Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,


Namun ia kembali, Kerana iman yang kuat,


Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,


Bahagia adalah miliknya.





Mampukah aku menjadi wanita solehah?


Mati dalam keunggulan iman,


Bersinar indah, harum tersebar,


Bagai wanginya pusara Masyitah.








Pembaca sekalian,,,,bestkan puisi di atas, sebenarnya pernah tebaca puisi tu masa remaja dulu, baru terbaca balik dalam blog seorang teman....Blog Mama Min(atas penghargaan saya dah linkkan entry nie kat blog beliau)..klik je , kat tajuk di atas.....terima kasih Mama Min kerana memberi kebenaran kpd saya cedok puisi tu..

Bila kita baca dan hayati puisi tersebut...sebagai seorang wanita pasti hati kecil kita akan tersentuh.....
Sebenarnya bersama puisi tu juga saya selitkan bunga2 yang begitu cantik....Bunga2 tu semuanya yang ibu mertuaku tanam....Ibu mertua yang begitu rajin....setiap hari, menyiram menjaga..tulah hasilnya...halaman rumahnya di hiasi bunga-bungaan yang cantik.....Begitu jugalah dengan perasaan kasih sayang dan cinta...perlu dijaga, disiram di belai, barulah ianya subur mekar......kalau tidak seperti bungalah jawabnya...layu dan terus melayu...akhirnya jatuh ke bumilah pula.






3 comments:

mamamin said...

N3 yang sangat menarik bila di sulami dengan bunga bunga mekar...

terima kasih cikgu kerana memanjangkan sajak tersebut untuk pembaca yang lainnya..

selamat berhujung minggu disamping suami tercinta dan anak2 yang comel mongel..

salam dari semenanjung..

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

mama Min.sebenarnya nak Buat puisi ttg bunga,cinta, dan wanita....tpi kekeringan idea....akhir2 tahun nie kerja byk sikit....nak cuti skolah.....thanks...kerana mlawat blog TintaCyber...

Cik Amy Sensei said...

salam..

bunga-bunga matahari..
anggun segar di taman sari..


waahh..entry yang bagus..
teruskan menulis yea..

Wajah2 Ceria anak-anakku

Amalkan Membaca Doa ini Setiap Hari...