Tq My Followers...

adv

Sunday, October 11, 2009

Jom jalan2.... MUZIUM KUCING.



Tintacyber kali ini membawa anda menjelajah negeri bumi Kenyalang...tempat yg anda boleh lawati sekiranya berkunjung di bumi kenyalang ialah Muzium Kucing. Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU) di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU) terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggiannya 60 meter di atas paras laut yang mempunyai pemandangan yang cantik terhadap bandaraya Kuching yang indah.

Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.9 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain dari seluruh dunia.

Jadi jika anda seorang pencinta kucing, mungkin tempat ini  sesuai untuk anda. Selain daripada replika dan patung, ada juga risalah, gambar, buku, karikatur, bingkisan sejarah serta jenis jenis kucing yang dipertontonkan di papan umum.


Aiman dan Alya bersama sepupu2...Muka Kucing..miaw..miaw..

kucing dalam bahasa melayu sarawak ialah Pusak.



terdapat pelbagai gambar kucing yg ditelah dibingkaikan.

kucing memakai baju melayu pun ada.



Bapa segala Kucing...besarnya..





ukiran kucing daripada Mesir


ukiran kucing pada zaman pertengahan

hasil tangan yang bermotifkan kucing

lukisan gambar kucing di atas pinggan.



Alya ketakutan melihat replika ini.... :)


No comments:

Wajah2 Ceria anak-anakku

Amalkan Membaca Doa ini Setiap Hari...