Tq My Followers...

adv

Tuesday, October 13, 2009

Jom jalan2....Gua Mulu, Miri




Jom Jalan2 kali ini membawa anda menjelajah jauh di Taman Negara Gunung Mulu di bahagian Miri, Sarawak.Gunung Mulu boleh dikatakan sebagai destinasi pengembaraan paling popular. Di Sana anda boleh meneroka beribu khazanah bersejarah, monumen dan artifak yang tidak ternilai serta kaya dengan hutan semula jadi dan spesies hidupan liar yang jarang ditemui.
Gambar-gambar ini adalah koleksi peribadi suami...yang entah sudah ke berapa kali pergi ke sana atas tugasan tertentu.




Di Mulu, umpamanya, kembara dari gua ke gua merentas denai dan hutan belantara memang menyeronokkan. Walaupun Mulu terletak jauh ke utara, rangkaian gua yang mengagumkan di dunia pasti meninggalkan kenangan seumur hidup.







Taman seluas 544 kilometer (km) persegi itu dibuka pada 1985 dengan tarikan utamanya Gunung Mulu - gunung tertinggi di Sarawak yang menjangkau ketinggian 2,376 meter dari paras laut.




Gua Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747.


Pelawat yang gemarkan alam semulajadi akan merasa kagum dan teruja melihat contoh terbaik luluhawa batu kapur tropika termasuk kawasan rabung batu kapur yang tajam serta ngarai yang dalam yang diberi gelaran 'The Pinnacles'.









Terdapat  Empat Gua berhampiran  iaitu Gua Rusa, Gua Lang, Gua Angin dan Gua Air Jernih.Gua Angin dan Air Jernih terletak sebelah menyebelah sebagaimana Gua Rusa dan Gua Lang. Setiap gua ini mempunyai tarikan masing-masing seperti sejarah, asal usul dan kepercayaan masyarakat setempat.

No comments:

Wajah2 Ceria anak-anakku

Amalkan Membaca Doa ini Setiap Hari...